Saturday, March 22, 2008

Sekitar SUKINS dan Penutup SULAM `08

Rasanya masih belum terlewat lagi untuk saya mengucapkan Salama Maulidur Rasul. Maafkan juga sebab agak terlewat memasukkan gambar-gambar sekitar Hari Keluarga N9 dan Majlis Penutup SULAM `08. Gambar wish birthday ni saja je tepek sini walau tarikhnya sudah pun berlalu (kalau ikut tarikh masihi la, kalau ikut tarikh hijri masih tak sampai lagi).. Terima kasih kepada teman-teman dan adik-adik yang mengucapkan selamat via YM atau SMS mahupun secara langsung.


Kali ini saya sekadar mencoretkan serba sedikit keterangan berdasarkan gambar yang ada ini. Ini dadih faraulah (starwberi) hasil eksperimen kedua. Kali ini saya buat dalam bekas plastik yang comel-comel ni. Sebahagiannya ada saya bawa sebagai bekalan kepada adik-adik N9 yang sama-sama pulang malam itu ke Kaherah untuk menyertai Hari Keluarga di sana. Cuma eksperimen kali ini ada kurang kick sket.

Hari pertama SUKINS (lupa la nama penuh die hehe tapi yang pasti Hari Keluarga Anak-anak N9 punye la), 13 Mac ada pembentangan teori dan praktikal pengurusan jenazah. Ini kali kedua saya ikuti di tempat yang sama. Kak Ani (Ust. Dayang Siti Noraini Awang Damit) yang menjadi tenaga pengajar praktikal di bahagian akhawat. Memang best la, boleh kutip pengalaman beliau memandikan jenazah-jenazah student-student Malaysia di sini tapi gerun jugak bila memikirkan "mampukah saya menjadi seperti beliau"

Ini pula merupakan kertas kerja pertama sebenarnya yang dibentang hari pertama tu, tapi saya tersilap letak pula hehe. Ini tajuk dalam bahasa arab. Dalam bahasa melayunya "Krisis Iktikad pada Orang Islam : Pandangan pada Cara Mengatasinya" yang disampaikan oleh pelajar MA Al-Azhar N9, Ust. Hilmi Aris Al-Malizi.


Ini pula adalah tanda kecil (tag nama la lebih kurang), untuk kumpulan saya. Untuk SUKINS, ada empat kumpulan juga yang tahun ini dinamakan mengikut nama suku Minangkabau. Antaranya Tanah Datar, Seri Lemak, Seri Melenggang dan Batu Hampar. Ini tag nama letak kat tudung bagi kumpulan Tanah Datar. Kena buat sama untuk ikhwah sebab depa pun guna nama yang sama.


Ini pula bendera Tanah Datar. Setiap tahun memang ada bendera untuk setiap kumpulan. Penganjur cuma bagi sehelai kain, terpulang kepada kumpulan tersebut utk letakkan trademark masing-masing. Cuma saya kurang berkesempatan membantu mereka menyiapkan bendera ini sebab ada tugas lain ketika itu. Apapun terima kasih buat adik-adik Tanah Datar (da lama abeh baru ingat eh hehehe jangan marah na).









Ini pula program di pagi Jumaat, Ilmiah Cafe. Program ini diselenggara sepenuhnya oleh Ust. Safrizal Tarmizan. Tajuk yang diperbincangkan kali ini adalah berkaitan dengan hiburan. Siap ada siaran langsung dari Malaysia (kononnya, walau ku tahu suara siapakah itu). Tahniah kepada pengacara program ini kerana berjaya membawa program ini dengan cara yang berbeza.



Ini pula program untuk bahagian akhawat, acara ukir kentang. Setiap kumpulan kena hantar tiga orang dan diberikan seplastik yang mengandungi (lebih kurang sebab xingat jumlah sebenar) tiga atau empat biji kentang, tiga biji lobak dan tiga biji timun, dua bilah pisau, garfu dan beberapa helai paper sebagai alas. Konsep ukiran bebas dan kena sediakan dua model setiap kumpulan. Ini hasil kumpulan Tanah Datar yang menjadi juara acara ini yang berkonsepkan taman rekreasi (promosi kumpulan sendiri la tu hehehe). Selain ini ada juga acara Win, Lose or Action dengan tiga bahasa; melayu, arab dan inggeris. Selalu sangat melukis, jadi kali ini kena lakonkan kata-kata yang diteka tu. Ada juga acara kuiz dan pada khamis malamnya, diadakan kuiz Who Wants To Be A Daie (ala-ala millionaire tu, cuma soalan-soalan ini berkisar pengetahuan Islam) dan Iron Chef (untuk acara ini, peserta diminta memasak menggunakan bahan yang disediakan sahaja).

Pada tengahari sebelum kami (geng-geng Mansurah) balik ke Mansurah semula, diadakan acara gubahan dan busana muslimah. Kedua-kedua acara ini dijalankan serentak. Gubahan kena hantar dua orang dan konsepnya bebas. Manakala busana muslimah pula kena hantar tiga orang setiap kumpulan. Setiap kumpulan dibekalkan dengan helaian akhbar, stapler dan lazaqah (selotep). Hiasan terpulang pada kumpulan masing-masing. Ini pun hasil kumpulan Tanah Datar yang diubah dari sehelai tuala. Minta maaf kepada kumpulan lain sebab tak dapat nak letak semuanya di sini.
Minta maaf sekali lagi kepada adik-adik di Kaherah kerana tidak dapat mengikuti hari keluarga ini sehingga habis kerana geng-geng Mansurah nak mengikuti Majlis Penutup SULAM 08 yang diadakan pada sebelah pagi hari Sabtu 15 Mac 2008.



Alhamdulillah sempat juga mengikuti Majlis Penutup SULAM 08 yang diadakan di Dewan Nadi Zahabiah, Haiyu Syarq. Majlis ini disempurnakan oleh wakil dari Jabatan Penuntut Malaysia, Us. Yazid bin Kechik. Turut hadir wakil dari Badan Pengurus PMRAM, Us. Khairul Anuar. Memang meriah pagi ni masing-masing semangat nak menerima hadiah (ikhwah la terutamanya).



Majlis penutup ini diserikan dengan persembahan Zulfan yang kelima-lima ahlinya ini mengaji di Shoubra dan Bazli UNIC. Kedua-duanya membuat persembahan di awal majlis dan di penghujung. Paling akhir Zulfan, Bazli bergabung dengan kumpulan ikhwah yang menang nasyid (kumpulan Ibnu Tufail kalau xsilap). Kurang ingat nama kumpulan ikhwah ni (lemahnya saya huhu). Kalau tidak silap nama-nama kumpulan mereka berdasarkan kepada tokoh-tokoh Islam seperti Ibnu Tufail, Ibnu Sina, Al-Kindi dan seorang lagi nama untuk satu lagi kumpulan saya terlupa. Mohon maaf atas khilaf saya ini kalau ada ikhwah Mansurah yang terbaca di sini.





Majlis juga diserikan dengan persembahan kompang dari Badan Kebajikan Pelajar Johor Mesir (BKPJM). Lama rasanya tak mendengar paluan kompang nih. Lama pulak tu, ada tiga lagu pulak tu. Kebetulan di sebelah saya orang johor, katanya kalau kahwin dengan orang johor memang lama la kena dengar paluan kompang ni dan lagu-lagu yang dibawa mereka ketika itu sememangnya yang biasa dinyanyikan ketika majlis-majlis perkahwinan di Malaysia. Saya sudah kurang pasti di N9 berapa lama kena mendengar paluan kompang ni.







Turut menyerikan majlis pagi itu adalah persembahan silat dari skuad waja diri ikhwah Mansurah. Selain persembahan silat, ada juga ditunjukkan adegan-adegan perlawan secara duo tanpa senjata juga perlawanan duo menggunakan batang kayu dan acara pukul betis dengan dua batang tebu. Selepas beberapa acara persembahan baru diadakan majlis penyampaian hadiah. Kami yang akhawat solat zohor di dewan ini, manakala ikhwah di masjid.Masa rehat yang diperuntukkan sejam lebih ini untuk solat dan makan. Selepas rehat pula disampaikan beberapa anugerah antaranya rumah-rumah mitahli bagi ikhwah, akhawat dan pasangan mutazauwijin, penghargaan kepada guru-guru tuisyen dan tafaquh.




Ini pula bukan saya tau tapi adik Johor yang duduk sebelah saya ketika majlis. Adik ni wakilah (ketua KAMSIS) bagi Mantiqah Utubis Jadid. Budak kecil ini dipinjam seketika sementara umminya solat dengan jemaah kedua. Kami da siap solat dengan jemaah pertama. Bergaya la sekejap dengan anak orang ni :-D Selepas dari majlis ini ada Muktamar Sanawi HEWI PMRAM dan Muktamar Sanawi PMRAM pada 18 dan 19 Mac yang lalu. Disebabkan saya cuma mendengar dari Mansurah sahaja, tak boleh la nak tepek apa-apa gambar. Bila sudah habis program-program ni, masa untuk menghabiskan silibus sendiri dan silibus orang pula. Sebolehnya saya cuba juga akan menghabiskan silibus orang dulu. Ditambah pula dengan bahas juga al-quran yang masih belum habis di hafal (waaa... rasa nk nangis.. takut nak periksa nih). Apa pun, saya tetap mengharapkan doa dari sahabat-sahabat semua. Doakan agar saya dan teman-teman di sini berjaya menghadapi sebarang imtihan (cubaan @ exam). Siiru `Ala Barakatillah...