Friday, April 18, 2008

Imtihan Datang Lagi


Mohon maaf kerana lama sangat saya tidak perbaharui cerita di sini. Ada sekali minggu lepas da siap karangannya (konon luahan hati) tapi saya padamkan semula lantaran merasakan ia kurang sesuai diletakkan di sini. Tambahan pula dengan line internet yang kurang memuaskan kebelakangan ini juga ditambahn dengan jadual kelas-kelas tambahan yang penuh sepanjang minggu membuatkan saya memiirkan sepuluh kali untuk meletakkan karangan tersebut.

Ada juga yang menegur saya di YM bertanya sama ada saya ini ketua kelas atau tidak lantaran saya selalu mengiklankan kelas-kelas tuisyen sendiri setiap hari. Untuk makluman saya bukan ketua kelas tetapi sekadar membantu ketua kelas menghebahkan jadual kelas tambahan via YM supaya saya tidak perlu menjawab sebarang persoalan tentang kelas apa pada hari sekian.. (pemalas menjawab sebenarnya.hehe..). Alhamdulillah setelah melalui beberapa kelas secara berterusan sama ada diskusi mahuun tutorial dari ustaz-ustaz yang telah dijemput, berjaya juga kami menyudahkan beberapa silibus yang agak berat. Cuma berbaki beberapa madah. Namun saya masih lagi belum menghabiskan silibus Fiqh Syafei untuk adik-adik tahun 1 dan 2. Mujur juga saya sudah langsaikan hutang Fiqh Muqaran dengan adik-adik tahun 3.

Pelbagai perkara juga berlaku sepanjang bulan ini yang kadangkala saya rasa tidak mampu menghadapi semuanya. Saya lebih suka berdiam dari menghebahkan kepada semua. Satu cara saya melupakan semua perkara menyakitkan hati dan minda dengan menyibukkan diri dengan beberapa aktiviti harian. Sempat juga saya menconteng-conteng menggunakan adobe photoshop(hasil amatur lagik nih) untuk cari semangat mengahdapi musim yang genting ini. Teringat pada kata-kata dari motivator dalam program MOMTAZ (rujuk di blog DPM Mansoura) yang lalu di dewan DPJA yang diberikan oleh atudent Phd Al-Azhar warga Indonesia,semangat jangan ditunggu ia datang tetapi kita yang perlu mencarinya.

Sekalipun ada lebih kurang beberapa minggu lagi dan jadual imtihan di sini belum pun ditampal, bahangnya tetap terasa. Sahabat-sahabat yang qiraat thn 1 dan 2 baik ikhwah di Shoubra mahupun akhawat di sini bakal menghadapinya dahulu dari kami yang kuliah. Doakan saya dan teman-teman di tahun akhir ini dapat menghadapi imtihan terakhir ini dengan tenang dan baik. Doakan juga kejayaan kami supaya dapat kami berkhidmat di tanahair.

Rasanya ini saja yang dapat saya catitkan di sini sebab hari ini seharian menghadap sebiji kitab dengan ustaz dari Kaherah. Belajar pun laju saja. Apa pun secara peribadi saya ucapkan jutaan terima kasih kepada ustaz Hilmi Aris yang sanggup turun Mansurah memberi daurah Usul Fiqh Nassi kepada kelas saya. Mohon maaf atas sebarang keterlanjuran kata juga kebiadapan bahasa. Mudah-mudahan ianya tidak menjadi penghalang kejayaan kami. Siiru `Ala Barakatillah...