Friday, December 21, 2007

`Idul Adha 1428H

Salam `Idul Adha. Masih belum terlewat rasanya untuk saya mengucapkannya walaupun di sini sudah masuk raya ketiga. Walaupun semakin hampir rasanya dengan tarikh peperiksaan, masih ramai lagi di sni yang berlumba-lumba membuat rumah terbuka menjemput rakan dan taulan. Raya kali ini, saya rayakan di Mansurah sahaja memandangkan semalam di pagi raya kedua kelas tuisyen kami disambung pula. Ini merupakan kelas terakhir untuk madah tersebut, jadi sayang rasanya untuk saya tinggalkan begitu saja.


Dalam perjalanan saya dan teman serumah (saya da ceritakan sebelum ni yang ahli baru rumah saya ini rupanya sekelas dengan saya), sempat juga saya ambil gambar keadaan pasar di Mansurah yang agak lengang di hari kedua. Beginilah rupanya bila tibanya sambutan `Idul Adha di sini. Selalunya, jangan diharap pasar ini akan sunyi (kecuali tgh2mlm la). Ianya sentiasa saja penuh dengan penjualnya.. Hari ketiga ini, mungkin sudah ada yang menjualnya tapi mungkin tidak seramai hari-hari biasa. Jadinya, pengajaran setiap kali datangnya `Idul Adha, kami akan beli barangan makanan yang mencukupi untuk tiga atau empat hari. Dua hari sebelum Eid, memang pasar tersebut penuh sesak dengan masyarakat di sini yang membeli pelbagai bahan mentah masing-masing.

Malam raya pertama tu, saya buat dua biji kek coklat kukus atas permintaan teman-teman sekelas. Di sini saya nak kongsi sedikit cara membuatnya sebab bagi saya ianya terlalu mudah.
Bahan-bahan untuk kek coklat kukus :
Bahan A :
2 cawan tepung
2 cawan gula
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh baking powder
ujung sudu teh soda bikarbonat

Bahan B :
2 biji telur
1 cawan minyak
1 cawan susu
1 cawan air panas
esen vanila

Cara membuatnya : Pukul telur sehingga agak kembang sedikit. Kemudian masukkan semua bahan B dan sebatikan. Dalam bekas yang lain, satukan semua bahan A (tepung dan baking tu, kalau rajin ayak sama la). Kemudian, masukkan bahan B ke dalam bahan A, gaul bagi rata. Dalam masa yang sama sapukan minyak pada loyang dan alaskan dengan plastik dan curahkan adunan tadi ke dalam loyang tersebut. Kemudian tutup loyang tersebut dengan aluminium foil bagi mengelakkan air kukusan jatuh ke atas kek tersebut. Masukkan ke dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Kukus kek ini lebih kurang sejam. Bila da masak, tunggu ia sejuk sedikit dan boleh tarik saja plastik alas loyang tersebut untuk mengeluarkan keknya. tadaa.. kek pun siap sedia untuk dimakan:)

Habis saja `Idul Adha kali ini, kami di sini bersiap sedia pula untuk menghadapi Imtihan Faslu Awwal. Semua tahun empat kesemua syukbah periksa pada hari dan waktu yang sama; setiap sabtu dan selasa dari jam 1.00 ptg hingga 4 ptg.
Ini jadual imtihan Empat Syariah Mansurah :
05 Januari 2008 - Bahasa Inggeris
08 Januari 2008 - Tafsir Ayat Ahkam
12 Januari 2008 - Qawaid Fiqhiyyah
15 Januari 2008 - Bahas Qawaid Fiqhiyyah
19 Januari 2008 - Adab Balaghah
Doakan kejayaan kami yang di tahun akhir ini, juga doakan kejayaan kami semua di sini. Mudah-mudahan dengan ilmu kami yang sedikit ini, mampu untuk kami sumbangkan di tanahair kelak.. Siiru `Ala Barakatillah....

Sunday, November 25, 2007

Sesi Baru Pengajian Berlangsung...

Takwim ni da lama siap sebenarnya, tapi saja tepek kat sini
bila fikirkan kita semakin tiba ke penghujung tahun.
Anda mahu nilai saya kerana sekeping takwim? Anda bebas menafsirkannya.
Sekeping gambar membawa seribu makna :)

Huhu.. sejak `Idul Fitri yang lalu, lama rasanya saya biarkan teratak kecil ini terbengkalai. Bukan tiada kesempatan tetapi tiada cerita untuk saya tambahakan setiap waktu.

Sepanjang tempoh ini, pelbagai perkara berlaku. Setelah ahli bait yang lama pulang ke Malaysia, kini saya tinggal bertiga termasuk madam atas rumah dulu yang kini bakal duduk serumah. Kemudian masuk pula ahli baru (adik baru) mencukupkan korum rumah ni empat orang. Cuma untuk masa ini sehingga waktu saya menaip cerita ini saya hanya berdua dengan adik baru itu saja. Ini kerana housemate sorang lagi tu masih di Kaherah melanjutkan kelas bahasanya. Dengarnya macam nak balik minggu ni, tapi disebabkan die menyewa di ARMA, dia diwajibkan ada di sana untuk menyambut ketibaan Pak Lah sempena Karnival Kerjaya yang bakal diadakan esok dan lusa di Cairo International Conference Center (CICC). Manakala housemate yang madam tu masih berada di Malaysia dan bakal pulang ke sini awal Disember nanti.

Lebih kurang tidak sampai seminggu yang lalu saya agak terkejut menerima khabar dari jiran atas yang tuan rumah (baba) meninggal. Sungguhpun sejak Ramadhan yang lalu memang allahyarham sudah mula tidak dapat bergerak ke mana-mana dan memerlukan bantuan orang lain mengalihkannya, tidakla saya jangkakan ajalnya begitu hampir. Walaupun begitu, siapa saya untuk mempersoalkan takdir-Nya. Memang terasa juga kehilangannya sebab allahyarham seorang yang baik. Setiap kali kami berkunjung ke rumahnya, allahyarham tentu akan bergurau sedikit dengan kami dan kadangkala suka memberi semangat rakyat Mesir kepada kami. Memang sudah ditentukan ajalnya tiba dengan dua anaknya tidak dapat sama-sama melihat jenazah kerana seorang masih dalam kursus ketenteraan dan seorang lagi mengikut suaminya ke Bahrain. Al-fatihah untuk Allayaryam baba..

Oh ye, minggu lepas memang ada pengarah baru Jabatan Penuntut Malaysia, Prof. Madya Dr. Jamil Hashim ke sini. Di samping mempromosi Karnival Kerjaya, kedatangannya juga sebagai kunjungan pertama sejak dinaikkan sebagai pengarah JPMK yang baru. Maklumat berkenaan kedatangan beliau boleh dibaca pada blog DPM Mansourah. Mmm.. lama rasanya saya tidak jejakkan kaki ke Kaherah. Kadang-kadang saya tiada jawapan untuk adik-adik di Kaherah yang bertanyakan bila saya akan ke sana. Bukan tiada hati untuk pulang, cuma saya yang agak susah hati untuk tinggalkan rumah memandangkan hanya saya dan housemate baru ni je yang ada. Andaikata saya pulang, dia pula yang tinggal seorang. Sudahlah baru ke sini, tetiba ditinggalkan seorang, alangkah kejamnya saya sebagai senior. Memikirkan ini, saya perlu masa yang sesuai untuk turun ke sana. Ada juga antara mereka bertanyakan kenapa saya tidak turut serta dan merebut peluang kedatangan CEO-CEO syarikat swasta pada Karnival Kerjaya kali ini? Hanya senyum yang mampu saya berikan lantaran saya punya alasan sendiri untuk tidak pulang ke sana. Walau apapun, terima kasih atas keprihatinan kalian.
Untuk sesi pengajian kali ini, sekali lagi saya perlu menyelongkar minda mengingati semula semua point-point Ilmu Mawarith untuk diturunkan kepada adik-adik Tahun tiga. Ilmu yang ada ini, saya cuba kongsikan agar sama-sama dapat memahami pentingnya disiplin ilmu Islam yang satu ini. Di samping itu, kena mengingat kembali asas-asas ilmu Usul Fiqh yang pernah saya pelajari di tahun satu yang agak lama rasanya ditinggalkan. Doakan ilmu yang dikongsikan ini menjadi amalan yang berpanjangan dan doa buat saya. Semoga Allah permudahkan jalan saya memahamkan mereka memahami asas ilmu Usul Fiqh ini. Tidak lupa juga, aktiviti untuk teman-teman sekelas tetap berjalan seperti biasa. Untuk semester ini, dua bahas yang perlu disiapkan. Belajar pula madah baru dan saling membantu memahami tugasan yang diberi. Doakan semoga semua urusan kami dipermudahkan. Oh ye, lupa nak mention awal-awal tadi. Untuk sesi pengajian kali ini, housemate saya semua tahun empat; dua orang kelas empat Hadis dan saya serta adik baru tu empat Syariah. Doakan kejayaan kami di sini, mudah-mudahan dapat pulang ke tanahair berbakti di sana pula..
Siiru `Ala Baraktillah...

Sunday, October 21, 2007

Entri Rasmi



Bermula dari entri ketiga ini, secara rasminya teratak kecil ini akan diaktifkan selepas ini. Ini bermakna teratak saya yang lama hanya menyimpan hasil contengan yang saya coretkan di sana. Apa-apa saja contengan yang dilakarkan saya selepas ini semuanya bakal di simpan dalam muzium teratak kecil yang baru ini...

Sambutan Aidilfitri kali ini agak meriah sebab saya hanya beraya di Mansurah. Berakhirnya sambutan ini, bermakna kuliah pun bermula. Buat teman-teman di Mesir, mari sama-sama kita ke kuliah. Realisasikan azam kalian pada sesi baru ini. Mudah-mudahan kita sama-sama berjaya.

Siiru `Ala Barakatillah...

Friday, October 12, 2007

Selamat Hari Raya


Salam Aidilfitri buat semua yang singgah ke sini..

Tuesday, October 9, 2007

Salam `Idul Fitri 1428H

Selamat datang ke rumah baru saya. Sudah lama sebenarnya berhajat berpindah ke teratak baru ni. Insya Allah, saya akan cuba perbaiki segala kelemahan di teratak lama. Bagaimanapun, itu semua bergantung kepada tahap kerajinan saya. Selamat menikmati perubahan teratak kecil saya. Siiru `Ala Barakatillah...