Friday, December 21, 2007

`Idul Adha 1428H

Salam `Idul Adha. Masih belum terlewat rasanya untuk saya mengucapkannya walaupun di sini sudah masuk raya ketiga. Walaupun semakin hampir rasanya dengan tarikh peperiksaan, masih ramai lagi di sni yang berlumba-lumba membuat rumah terbuka menjemput rakan dan taulan. Raya kali ini, saya rayakan di Mansurah sahaja memandangkan semalam di pagi raya kedua kelas tuisyen kami disambung pula. Ini merupakan kelas terakhir untuk madah tersebut, jadi sayang rasanya untuk saya tinggalkan begitu saja.


Dalam perjalanan saya dan teman serumah (saya da ceritakan sebelum ni yang ahli baru rumah saya ini rupanya sekelas dengan saya), sempat juga saya ambil gambar keadaan pasar di Mansurah yang agak lengang di hari kedua. Beginilah rupanya bila tibanya sambutan `Idul Adha di sini. Selalunya, jangan diharap pasar ini akan sunyi (kecuali tgh2mlm la). Ianya sentiasa saja penuh dengan penjualnya.. Hari ketiga ini, mungkin sudah ada yang menjualnya tapi mungkin tidak seramai hari-hari biasa. Jadinya, pengajaran setiap kali datangnya `Idul Adha, kami akan beli barangan makanan yang mencukupi untuk tiga atau empat hari. Dua hari sebelum Eid, memang pasar tersebut penuh sesak dengan masyarakat di sini yang membeli pelbagai bahan mentah masing-masing.

Malam raya pertama tu, saya buat dua biji kek coklat kukus atas permintaan teman-teman sekelas. Di sini saya nak kongsi sedikit cara membuatnya sebab bagi saya ianya terlalu mudah.
Bahan-bahan untuk kek coklat kukus :
Bahan A :
2 cawan tepung
2 cawan gula
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh baking powder
ujung sudu teh soda bikarbonat

Bahan B :
2 biji telur
1 cawan minyak
1 cawan susu
1 cawan air panas
esen vanila

Cara membuatnya : Pukul telur sehingga agak kembang sedikit. Kemudian masukkan semua bahan B dan sebatikan. Dalam bekas yang lain, satukan semua bahan A (tepung dan baking tu, kalau rajin ayak sama la). Kemudian, masukkan bahan B ke dalam bahan A, gaul bagi rata. Dalam masa yang sama sapukan minyak pada loyang dan alaskan dengan plastik dan curahkan adunan tadi ke dalam loyang tersebut. Kemudian tutup loyang tersebut dengan aluminium foil bagi mengelakkan air kukusan jatuh ke atas kek tersebut. Masukkan ke dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Kukus kek ini lebih kurang sejam. Bila da masak, tunggu ia sejuk sedikit dan boleh tarik saja plastik alas loyang tersebut untuk mengeluarkan keknya. tadaa.. kek pun siap sedia untuk dimakan:)

Habis saja `Idul Adha kali ini, kami di sini bersiap sedia pula untuk menghadapi Imtihan Faslu Awwal. Semua tahun empat kesemua syukbah periksa pada hari dan waktu yang sama; setiap sabtu dan selasa dari jam 1.00 ptg hingga 4 ptg.
Ini jadual imtihan Empat Syariah Mansurah :
05 Januari 2008 - Bahasa Inggeris
08 Januari 2008 - Tafsir Ayat Ahkam
12 Januari 2008 - Qawaid Fiqhiyyah
15 Januari 2008 - Bahas Qawaid Fiqhiyyah
19 Januari 2008 - Adab Balaghah
Doakan kejayaan kami yang di tahun akhir ini, juga doakan kejayaan kami semua di sini. Mudah-mudahan dengan ilmu kami yang sedikit ini, mampu untuk kami sumbangkan di tanahair kelak.. Siiru `Ala Barakatillah....