Tuesday, March 11, 2008

SULAM `08

Bermula dari 7 Mac yang lalu, Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah mengadakan Festival Sukan Keluarga Mansurah atau singkatannya kali ini SULAM `08. Hari keluarga anak-anak Mansurah ini dimulakan dengan Bazaria ASEAN yang diadakan di Kuliah Usuluddin Banin di Murur. Sebanyak 18 gerai mengambil bahagian pada bazar kali ini yang diadakan selama dua hari (7 dan 8 Mac 2008).Walau diadakan bazar ini bermula jumaat, usrah tetap diadakan di bazar ini sebaigaimana lazimnya.
[Atas Kiri]Antara menu bazar - bakso dan dadih bandung yang dikongsi bersama teman-teman.

Pabila bazar bermula pada pagi Jumaat maka saya berkesempatan merakam sedikit keadaan bazar di bahagian ikhwah ketika mereka menunaikan solat Jumaat di masjid berhampiran. Sempat juga melawat ke bahaggian pameran Persatuan Pelajar Indonesia yang diadakan khas di bahagian ikhwah sahaja.

[Atas Kiri]Antara gerai di bahagian ikhwah yang sempat saya curi snap ketika mereka pergi menunaikan solat Jumaat.

[Atas Kanan] Lengangnya suasana tempat berjual beli di bahagian ikhwah yang sempat saya snap juga ketika mereka menunaikan kewajipan Jumaat.

Pada ketika menyaksikan pameran yang diadakan oleh Persatuan pelajar Indonesia ini, saya agak kagum dengan kekreatifan mereka menyediakan booth pameran mereka menggunakan polisterin, dari pintu gerbangnya, tempat meletakkan buku-buku yang dipamer juga pada tulisan-tulisan khat yang dibuka untuk jualan.


[Atas] Antara buku yang dipamerkan. Di bawahnya yang berwarna coklat itu juga batu yang dicipta mereka.

[Atas Kiri] Antara hasil khat yang mereka pamerkan untuk jualan.

Pada pagi 8 Mac barulah diadakan Majlis Perasmian Festival Sukan Keluarga Mansurah ini di Dewan Persada Jazirah Al-Ward (DPJA). Perasmian dilakukan oleh Ust. Mohd Fakerei b. Muhaiyiddin selaku Penasihat PMRAM yang mewakili Badan Pengurus PMRAM yang tidak dapat hadir. Majlis ini juga turut diserikan gimik perasmian juga persembahan nasyid dari satu-satunya anggota UNIC yang menuntut di bumi Mnsurah, Bazli. Masa persembahan Bazli, saya perhatikan ramai juga akhawat yang tidak lepaskan peluang merakam suaranya menggunakan mp3 masing-masing..

[Atas Kiri] Dari kiri : Us. Nawawi; Pengarah SULAM `08, Us. Kadir; Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah (DPMM) dan Us. Mohd Fakerei; Penasihat PMRAM.
[Atas Kanan] Penyempurnaan Majlis Perasmian Festival Sukan Keluarga Mansurah `08 oleh Us. Mohd Fakerei.


[Atas Kiri] Dadih perisa bandung hasil eksperimen saya.

Disebabkan berkenan dengan dadih bandung ketika bazaria yang lepas, saya terus surf resepinya di internet. Mujur juga bahan-bahannya mudah didapati di sini. Mulanya saya fikir, agak susah menyediakannya. Tapi bila saya sendiri cuba dan menjadi, alangkah gembiranya saya. Terus saya bersemangat untuk membuat adunan dadih kedua malam ini. Adunan pertama ini saya letakkan perisa bandung sahaja. Untuk eksperimen kedua ini saya cuba gunakan susu perisa faraulah pula.

[Kiri] Maskot bagi mantiqah saya :-D BURTUQOL


Kumpulan-kumpulan untuk acara sukan ini sebagaimana lazimnya dibahagikan mengikut kawasan penempatan masing-masing. Sepuluh mantiqah (KAMSIS) akhawat digabung-gabungkan menjadi lima kumpulan sahaja dan diberi nama mengikut nama buah-buahan yang ada di Mesir. Antaranya FARAULAH (strawberi) untuk gabungan mantiqah Depan Kuliah B dan mantiqah Mauqaf Kanan, MISHMISH (aprikot) untuk gabungan mantiqah Haiyu Syarq dan mantiqah Salam, RUMMAN (delima)bagi gabungan mantiqah Depan Kuliah A dan mantiqah Mauqaf Kiri, TUFFAH (epal) untuk gabungan matiqah Utubis dan Belakang Kuliah A dan BURTUQOL (oren) bagi gabungan mantiqah Mal`ab dan Belakang Kuliah B.




[Kiri] Percussion nasyid mantiqah BURTUQOL yang menggunakan baldi, dua botol kaca yang salah satunya berisi air dan satu lagi kosong serta sebotol minuman kosong yang diisi segenggam beras (tiada dalam gambar).


Antara acara menarik yang diadakan untuk akhawat adalah pertandingan nasyid, sajak, gubahan kek, dart, ping pong, dam haji, catur, karom, hafazan utk dua kategori - qiraat dan kuliah, win,lose or draw, sabiq wa lahiq, bola baling dan futsal. Acara sukaneka diadakan pada sebelah petang di padang Maahad Qiraat Banat Mansurah selama dua hari. Pertandingan nasyid ini, kami menggunakan peralatan yang tersedia di sekeliling tanpa guna yang asal. Ini kerana alatan yang asal susah pula kalau mahu dgilir-gilirkan penggunaanya ketika latihan. Hanya boleh digunakan ketika hari pertandingan. Disebabkan sudah terbiasa menggunakan peralatan ini ketika latihan, kami berkeputusan terus mengguanakannya di hari pertandingan.


Pada ketika saya menulis berkenaan SULAM `08 ini, acara masih berbaki sehari lagi dan masih ada lagi kemuncaknya pada 15 Mac ini. Saya akan masukkan pengakhirannya sedikit bersama sedikit cerita Hari Keluarga Anak-anak Negeri Sembilan di Kaherah yang bermula 13 hingga 15 Mac ini.


Siiru `Ala Barakatillah...