Untuk hidangan kali ini saya cuma paparkan cerita bergambar juga.
Sempat bergambar beramai-ramai sebelum memasuki kawasan masjid
yang menempatkan maqam Abdullah Ibnu Abi Bakr
Pada hari kedua setelah bermalam di Ra'sul Bar dan menikmati acara barbeque
bersama semua yang ada ini sebelum tido di tepi pantai, paginya setelah bersarapan
kami mulakan dengan acara sukaneka. Kembali menjadi anak kecil dengan
bermain pasir membina istana. Tetapi bukan sekadar binaan sahaja tetapi motif
di sebalik binaan ini yang diutamakan selain berseronok.
Ini pula sukaneka yang seterusnya acara yang juga disukai tepi sedikit digeruni sebab kena tiup belon ini sehingga meletup untuk mendapatkan kertas soalan yang ada di dalam belon ini. Soalan-soalannya berkisar maqam-maqam yang telah dilawati juga termasuk soalan berkaitan pengisian tazirah selepas subuh.
Kecilnya kertas soalan ini namun soalan berkisar lawatan ini mesti dijawab walaupun hanya sekadar sukaneka. Setelah acara ini, ada acara mengisi air dalam botol guna tapak tangan atau bahan-bahan semulajadi yang ada di pantai tersebut. Peserta kena bergilir-gilir mengambil air laut dan dimasukkan ke dalam botol mengikut kumpulan masing-masing. Kelakar jugak melihat kekreatifan mereka ini. Ada juga yang mengambil air menggunakan kuliat-kulit kerang yang besar-besar.
Sebelum bertolak pulang ke tempat amsing-masing, kami ke Dumyat pula untuk acara bebas-menguti kerang. Masing-masing sudah lama memasang angan untuk acara ini memandangkan kerang hanya ada di sini (atau mungkin muhafazah lain) dan pada musim sejuk saja. Selepas bergilir-gilir solat jemaah di pantai dengan dua imam, masing-masing dilepaskan ke pantai untuk mencari kerang. Waa.. memang terkejut sebab ianya banyak didapati di tepi pantai. Kami diberitahu untuk ambil yang ternganga tu dan terus kopek cengkerangnya untuk ambil isi sahaja dibawa pulang. Disebabakan ada yang tak berani kopek kerang ni hidup-hidup, ada juga yang ambil terus masuk plastik sahaja. Kerang-kerang di tepi pantai ini masih hidup ketika kami ambil dan bila ianya tahu ada yang mengusiknya, ia akan menutup cengkerangnya. Sekalipun ada antara kerang ini yang bersaiz lebih besar dari Malaysia punya, ia perlu dibasuh banyak kali untuk membuang
pasir yang melekat.