Sunday, November 25, 2007

Sesi Baru Pengajian Berlangsung...

Takwim ni da lama siap sebenarnya, tapi saja tepek kat sini
bila fikirkan kita semakin tiba ke penghujung tahun.
Anda mahu nilai saya kerana sekeping takwim? Anda bebas menafsirkannya.
Sekeping gambar membawa seribu makna :)

Huhu.. sejak `Idul Fitri yang lalu, lama rasanya saya biarkan teratak kecil ini terbengkalai. Bukan tiada kesempatan tetapi tiada cerita untuk saya tambahakan setiap waktu.

Sepanjang tempoh ini, pelbagai perkara berlaku. Setelah ahli bait yang lama pulang ke Malaysia, kini saya tinggal bertiga termasuk madam atas rumah dulu yang kini bakal duduk serumah. Kemudian masuk pula ahli baru (adik baru) mencukupkan korum rumah ni empat orang. Cuma untuk masa ini sehingga waktu saya menaip cerita ini saya hanya berdua dengan adik baru itu saja. Ini kerana housemate sorang lagi tu masih di Kaherah melanjutkan kelas bahasanya. Dengarnya macam nak balik minggu ni, tapi disebabkan die menyewa di ARMA, dia diwajibkan ada di sana untuk menyambut ketibaan Pak Lah sempena Karnival Kerjaya yang bakal diadakan esok dan lusa di Cairo International Conference Center (CICC). Manakala housemate yang madam tu masih berada di Malaysia dan bakal pulang ke sini awal Disember nanti.

Lebih kurang tidak sampai seminggu yang lalu saya agak terkejut menerima khabar dari jiran atas yang tuan rumah (baba) meninggal. Sungguhpun sejak Ramadhan yang lalu memang allahyarham sudah mula tidak dapat bergerak ke mana-mana dan memerlukan bantuan orang lain mengalihkannya, tidakla saya jangkakan ajalnya begitu hampir. Walaupun begitu, siapa saya untuk mempersoalkan takdir-Nya. Memang terasa juga kehilangannya sebab allahyarham seorang yang baik. Setiap kali kami berkunjung ke rumahnya, allahyarham tentu akan bergurau sedikit dengan kami dan kadangkala suka memberi semangat rakyat Mesir kepada kami. Memang sudah ditentukan ajalnya tiba dengan dua anaknya tidak dapat sama-sama melihat jenazah kerana seorang masih dalam kursus ketenteraan dan seorang lagi mengikut suaminya ke Bahrain. Al-fatihah untuk Allayaryam baba..

Oh ye, minggu lepas memang ada pengarah baru Jabatan Penuntut Malaysia, Prof. Madya Dr. Jamil Hashim ke sini. Di samping mempromosi Karnival Kerjaya, kedatangannya juga sebagai kunjungan pertama sejak dinaikkan sebagai pengarah JPMK yang baru. Maklumat berkenaan kedatangan beliau boleh dibaca pada blog DPM Mansourah. Mmm.. lama rasanya saya tidak jejakkan kaki ke Kaherah. Kadang-kadang saya tiada jawapan untuk adik-adik di Kaherah yang bertanyakan bila saya akan ke sana. Bukan tiada hati untuk pulang, cuma saya yang agak susah hati untuk tinggalkan rumah memandangkan hanya saya dan housemate baru ni je yang ada. Andaikata saya pulang, dia pula yang tinggal seorang. Sudahlah baru ke sini, tetiba ditinggalkan seorang, alangkah kejamnya saya sebagai senior. Memikirkan ini, saya perlu masa yang sesuai untuk turun ke sana. Ada juga antara mereka bertanyakan kenapa saya tidak turut serta dan merebut peluang kedatangan CEO-CEO syarikat swasta pada Karnival Kerjaya kali ini? Hanya senyum yang mampu saya berikan lantaran saya punya alasan sendiri untuk tidak pulang ke sana. Walau apapun, terima kasih atas keprihatinan kalian.
Untuk sesi pengajian kali ini, sekali lagi saya perlu menyelongkar minda mengingati semula semua point-point Ilmu Mawarith untuk diturunkan kepada adik-adik Tahun tiga. Ilmu yang ada ini, saya cuba kongsikan agar sama-sama dapat memahami pentingnya disiplin ilmu Islam yang satu ini. Di samping itu, kena mengingat kembali asas-asas ilmu Usul Fiqh yang pernah saya pelajari di tahun satu yang agak lama rasanya ditinggalkan. Doakan ilmu yang dikongsikan ini menjadi amalan yang berpanjangan dan doa buat saya. Semoga Allah permudahkan jalan saya memahamkan mereka memahami asas ilmu Usul Fiqh ini. Tidak lupa juga, aktiviti untuk teman-teman sekelas tetap berjalan seperti biasa. Untuk semester ini, dua bahas yang perlu disiapkan. Belajar pula madah baru dan saling membantu memahami tugasan yang diberi. Doakan semoga semua urusan kami dipermudahkan. Oh ye, lupa nak mention awal-awal tadi. Untuk sesi pengajian kali ini, housemate saya semua tahun empat; dua orang kelas empat Hadis dan saya serta adik baru tu empat Syariah. Doakan kejayaan kami di sini, mudah-mudahan dapat pulang ke tanahair berbakti di sana pula..
Siiru `Ala Baraktillah...