Thursday, December 3, 2009

Sirih Pulang ke Ganggang

Alhamdulillah, akhirnya setelah sekian lama menyepikan diri, saya kembali menyerikan seketika laman rumah yang da mula nampak sawang-sawang yang menyemakkan. Kepulangan saya ke Malaysia juga saya tidak sempat maklumkan di sini. Saya selamat sampai di tanahair seminggu sebelum raya eidul fitri yang lalu. pulang tanpa mengetahui natijah imtihan tasfiah yang saya lalui. Setelah sebulan lebih di sini, baru saya dapat keputusan, alhamdulillah. Sepanjang tempoh tersebut, saya isikan dengan memenuhi beberapa jemputan teman-teman yang memerlukan khidmat. Tapi kebanyakannya saya isikan sebagai baby sitter. Mohon maaf kepada sesiapa yang mengajak atau menjemput ke rumah yang tidak dapat saya penuhi. Tarikhnya bertembung dgn perkara lain yang lebih penting.

suasana bekerja di Al-Azhar Media

Untuk sambungan kutaib sebelum ini tidak dapat saya siapkan sepenuhnya. Sepulang ke tanahair, ada juga saya menyelongkar mencari kutaib ini tapi saya rasakan yang kutaib ini belum dipos ke sini bersama barangan lain. Ada masa nanti, saya sambung kemudian. Bermula pertengahan November lalu saya serta enam orang lagi teman sudah mula membantu Us. Khairi menyiapkan semakan buku-buku kelas agama petang Jabatan Hal Ehwal Agama Islam N. Sembilan (JHEAINS). Sepanjang tempoh sebulan ini (sehingga pertengahan Disember), kami menyiapkan pembetulan-pembetulan yang dilakukan oleh panel-panel editor setiap subjek kelas agama petang ini. Alhamdulillah setakat artikel ini ditulis, kami sudah menyiapkan subjek-subjek untuk tahun satu, dua dan tiga. Dalam masa yang berbaki ini, kami cuba siapkan tahun empat dan lima.

contoh buku kelas agama petang


Disebabkan kami bertujuh, komputernya tidak mencukupi. Kami bergilir-gilir menggunakannya. Untuk penutupnya, saya serikan dengan gelagat seorang teman mengisi masa senggangnya di sini jika tiada komputer. Ada kesempatan masa yang lain, saya serikan semula laman ini sebelum ia bersawang teruk. Siiru `Ala Barakatillah...

masa yang ada diisi sebaiknya..